Pages

Monday, 1 August 2011

architecture ni memang tk ada life???


"Belajar architecture ni memang tk ada life!!" rungut seorang pelajar semester pertama. 

Seringkali dalam menjalani pembelajaran dunia seni bina pada tahun pertama, ramai yang kurang berpuas hati dengan tekanan-tekanan projek yang diberi. Kata orang, ‘archi-torture’, istilah yang cukup sesuai buat kami.
Saya sendiri pada awalnya sangat skeptikal pada sistem pembelajaran sebegini. Mana tidaknya, kalau dahulu sudah biasa dengan mengambil waktu-waktu lapang sebagai waktu membaca, tetapi dunia yang dikategorikan sebagai kerjaya professional ini terpaksa memenjarakan ‘kebebasan’ anda, masakan kita boleh menjadi professional dengan gaya hidup sebegini?
Setelah saya ‘memulaukan’ diri dengan aktiviti-aktiviti yang sering saya buat selama ini untuk fokuskan kompas saya ke senibina sejenak, baru saya tahu bahawa saya sedikit salah faham.

Arkitektur memerlukan daya pemikiran yang tinggi, kadangkala memerlukan tempat yang tenang, tempat yang jauh dan environment yang baik menyebabkan kita khayal di dalam dunia sendiri. Soalnya di sini adalah pembahagian masa yang efektif, di mana kita perlu bijak membahagikan masa untuk bekerja dan bergembira.







No comments:

Post a Comment